Isu lepak adalah antara masalah sosial yang menular dalam kalangan remaja pada masa ini. Melepak dapat di tafsirkan sebagai kegiatan berpeleseran atau duduk-duduk sahaja di suatu tempat tanpa tujuan yang berfaedah. Tempat yang menjadi tumpuan remaja untuk melepak ialah pasar raya, restoran, kafe siber, pusat-pusat hiburan dan sebagainya kerana tempat ini menjadi tumpuan orang ramai. Jika begini keadaannya, mampukah generasi muda hari ini memikul tanggungjawab untuk merealisasikan misi negara untuk menjadinegara maju pada tahun 2020 nanti? Oleh itu, kita harus mengkaji punca permasalahan ini, lalu mencari jalan penyelesaiaan yang relevan demi masa depan negara kita.
Antara alasan yang sentiasa diberikan oleh remaja apabila mereka disoal tentang punca mereka suka melepak ialah masalah keluarga. Dakwaan ini adalah benar kerana pendidikan awal dan pendedahan anak-anak terhadap kehidupan bermula dalam keluarga. Oleh itu, jika anak-anak dibesarkan dalam keluarga yang harmoni maka jiwa mereka akan tenteram dan aman kerana dikelilingi dengan suasana kasih sayang dalam keluarga. Sebaliknya, jika remaja itu dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda,ibu bapa sering bergaduh atau bercerai,maka jiwa remaja ini akan diselubungi oleh perasan resah, marah dan kecewa.Akibatnya, remaja akan menunjukkan reaksi mmberontak denagn keluar rumah dan melepak dengan kawan-kawan di mana-mana sahaja demi mencari ketenangan jiwa.
Selain itu, isu lepak ini berlaku akibat sikap remaja itu sendiri yang mementingkan keseronokan dan malas untuk belajar dan berkerja. Fenomena ini berlaku lantaran sikap ibu bapa yang menyogok anak-anak dengan kemewahan dan wang sehingga mereka alpa terhadap tanggungjawab mereka. Mereka terus berseronok dan melepak di kafe siber atau di pusat hiburan yang lain untuk mengisi masa yang terluang. Hal ini diburukkan lagi dengan sikap pengusaha pusat hiburan dan sesetengah masyarakat membiarkan sahaja remaja ini melepak di permis mereka dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain. Bagi reaja pula, mereka berasa bahwa mmereka tidak perlu bersusah payah untuk belajar atau kerja, jika kesenangan sudah berada di depan mata. Jelasnya, remaja yang tidak berwawasan suka melepak dan membuang masa sahaja.
Isu ini akan memberi kesan buruk terhadap negara jika tidak ditangani segera. Hal ini mengundang gejala negetif lain seperti perlumbaan haram dan pergaulan bebas. Ibu bapa ialah orang yang paling penting dalam mengtasi masalah lepak ini. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk mewarnai kehidupan mereka dengan kehidupan dunia dan akhirat agar mereka dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk . Ibu bapajuga harus memupuk kasih sayang dalam keluarga sejajar dengan kempen semakin hari, semakin sayang yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ringkasnya ibu bapa bertanggungjawab terhadap tingkah laku anak-anak agar tidak melakukan perkara yang sia-sia sahaja.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan juga berperanan dalam mengatasi isu ini. Program Rakan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan memberi peluang kepada para remaja mengikuti aktiviti yang berfaedah seperti sukan, pengembaraan , kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa lapang mereka. Begitu juga, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenakan terhadap remaja yang terpilih dapat membina sikap patriotik, jati diri, berkeyakinan, dan berdisiplin dalam kalangan mereka lantas dapat menangkis segala pengaruh negetif yang datang. Kementerian Pelajaran pula telah mewajibkan para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulam untuk mengisi masa senggang mereka selepas nwaktu persekolahan. Kita harap agar generasi yang berwawasan dapat diwujudkan melalui usaha-usaha tersebut.
Di samping itu, peranan pihak swasta dan masyarakat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, pengusaha pusat kefe siber,pusat hiburan, restoran dan sebagainya haruslah sama-sama membendung gejala ini dengan melarang remaja yang berusia 18 tahun ke bawah atau para pelajar yang melepak di premis jualan mereka. Begitu juga orang ramai di pasar disarankan agar membuat laporan kepada pihak sekolah jika ternampak para pelajar yang melepak dan rayau-rayau semasa waktu persekolahan sedang berlangsung. Badan bukan kerajaan atau NGO boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan, kelas kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa remaja yang terluang terutamanya semasa cuti persekolahan atau semasa pelajar menunggu keputusan peperiksaan. Jadi, kerjasama daripada masyarakat diperlukan untuk membendung masalah ini.
Kesimpulannya, isu lepak ini bukanlah isu yang boleh dipandang ringan oleh kita semua. Semua pihak mestilah mengorak langkah dan berkerjasama dalam menangani isu nasional ini, bak kata peribahasa "sepakat membawa berkat".Usaha yang berterusan mesti dilakukan untuk
mengatisi masalah ini demi melahirkan generasi berwawasan. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, sewajarnya golongan remaja tidak membuang masa muda mereka dengan aktiviti
yang sia-sia, sebaliknya mengisi minda mereka deangan pelbagai ilmu agar hasrat untuk melahirkan negara yang cemerlang, dan terbilang akan menjadi kenyataan.

Play Emperor Casino in VR for Real Money | Shootercasino
ReplyDeleteThis is the best casino to play the Emperor Casino with 제왕카지노 virtual reality. The most exciting feature is you will be able to interact with the